Happy Holidays!

Published by Myra under on 12:03 PM
Nampaknye tinggal brape hari lagi Cuti-cuti Sabah dah nak mula. Adoii.. Jelesnye akuuu!!

Minta maaf pada kawan2 sbb mira tak dapat join sekali cuti2 ni. 30hb ade kenduri, 31hb ade dua kenduri and hari yang sama satu family balik Kelantan. Almaklumlah cuti sekolah. And I HAVE to balik Kelantan jugak coz time raya tak sempat nak balik. Time tu dah nak kene prepare for what is to come, InsyaAllah kalau Allah izinkan. Doakan for me ok.

Bile la nak bercuti ngan you all lagi. Lepas ni lagi la susah nak jumpa isk isk :( Sedih tau.

Ok, lupakan sedih2 dulu. Mira nak wish everyone yg pegi Sabah ni Happy Holidays! Jaga diri, jaga maruah, ingat2 kami yg kene tinggal ni selalu. Jgn lupa amik pictures banyak2 so kitorg lagi jeles nanti. Papehalpun, have fun guys! Luv you and miss you always.

Dah bersedia ke kita?

Published by Myra under on 8:08 PM
Assalamualaikum wrt wbt,

Hey semua. Since dah lama takde siapa update, diri sendiri pun terlepas pandang untuk sama2 menyumbang kat blog, I ingat nak buat post sikit. Kite buat muhasabah diri, boleh tak? Boleh eh. Lari tema sikit, but what the heck, manusia ni cepat lupa so sekali sekala kene ade tazkirah *wink*

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Sebagai seorang manusia yang banyak kelemahan dan kecacatan, kita kene selalu acknowledge yang orang lain pun ade kelemahan mereka sendiri. Kita juga perlu menerima orang lain bersama-sama dengan kelemahan mereka.

Jangan kita paksa seseorang tu berubah, sebab hanya Allah SWT sahaya yang mampu dan berhak mengurniakan Taufiq dan HidayahNya. Dont try to change people based on what we think they should be like. You might end up being despised for it. Let people change because they WANT to change and because of the right reasons.

Namun begitu, seorang muslim itu seharusnya berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Kalau tak, diri sendiri yang rugi.

Cuba tengok zaman sekarang ni. You dont have to go very far, tengok negara kite je. Dah brape jenis penyakit yang ade skrg. Memanglah dunia tgh risau tentang virus Influenza A atau Swine Flu, tp sbnrnya byk lagi penyakit yang melanda bumi Malaysia ni. Allah turunkan bala pada kita ke? Tanda-tanda akhir Qiamat dah terlalu byk kita boleh nampak.

Telah pun disebut bahawa apabila Nabi Isa turun ke bumi, diantara perkara pertama yang akan nabi lakukan adalah membunuh semua khinzir di muka bumi. Maksudnya apa? It means that pigs will become one of the main reasons for diseases in the future. Tak ke dah terjadi dah skrg?

So ape lagi? Takkan kite cuma nak ckp "takutlah", "ish dah nak qiamat ni", "aku tak cukup amal lagi ni" je? Ape guna hanya berkata-kata tanpa amal. Rugilah seorang manusia itu apabila ilmu yang diperolehinya tidak diamalkan. Allah SWT dah tunjukkan pelbagai peringatan, adakah kita nak buat tak tahu je? Jom kawan-kawan, kita start beramal before its too late.

Sememangnya Allah Taala sahajalah yang mampu mengurniakan kesedaran dan membuka hati-hati kita. Selagi ada yang mengingatkan kita, selagi itu lah Allah Taala sayangkan kita. Mereka yang tidak diberi peringatanlah manusia yang paling rugi di muka bumi. Selagi ada yang menegur, selagi ada yang mengingatkan kita padaNya, selagi itulah Allah mahukan kita lebih dekat kepadaNya.

Namun begitu, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum atau seseorang itu, jika mereka sendiri yang tiada usaha untuk mencari HidayahNya.

Tidak semua perkara yang kita minta daripada Allah itu adalah yang terbaik buat kita. What we want sometimes is not good for us. Kadang-kadang, kita yang salah berdoa. Kita minta pada Allah apa yang kita nak, sedangkan sepatutnya apa yang kita perlu doakan adalah apa yang terbaik buat kita.

And remember, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Dan rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. When something doesnt go as planned, just remember that He has a bigger and better plan for us. His plan is always better for us.

Semoga hidup kita semua sentiasa di bawah lindungan dan RahmahNya. Perjalanan kita masih jauh, yang pastinya akan berliku dan banyak dugaan. Kerana itulah hakikat kehidupan seorang mu'min, penuh onak dan duri. Jalan yang benar itulah yang banyak rintangan dan ujian. Siratul Mustaqim itulah yang sentiasa membawa kita lebih dekat kepadaNya.

Semoga kita semua tabah mengharungi hidup ini, dengan harapan dan impian untuk mati Syahid bersama para Mujahidin dan Mujahidah. Destinasi kita hanyalah Syurga Allah yang kekal abadi. Ameen.

Wallahu'alam

*Tazkirah buat diriku sendiri dan rakan2 yang lain =)

cuti cuti sabah:)

Published by suezen under on 5:47 PM
uhuh...laem plak menyepi..blog sendiri aku update..blog yang nih x terupdate. Nway..skang nih we are looking forward to KK soon...tinggal 2 minggu lagi kot. So far yang join vacation kali ini ialah 9 orang lah kot termsk aku kan..huhuhu....ini adalah peserta2 itu....:D....ahaks..


....mereka semua adalah tak sbr tuk g bercuti. So far..the mastermind is me..sebab tempat asal aku kan..of coz lah aku.....hahahha.....aku takde tempat nk bwk dorg sebenarnyer, .planning je lebih..x taw jadi ke tak planning tuh..sebab hotel kat ranau aku x book lagi kan. hahahah..biarkan mereka..tdo di dalam keta saja..ahaks..:D...plan2 tuk kat kk nnt aku update k...hehe. Cant wait for that...hopefully they are satisfy with the acticity that i had planned:D

ps::keira i curi ur picture okeh..ahaks